Friday, May 8, 2009

Ikan Pari Bakar Puan Hazam

Not too late to wish my hubby, Happy 28th Birthday on last May 06 2009!!! Tak perlu la aku warkan ke satu dunia, macam mana aku celebrate birthday hubby aku kan. Yang pasti, ianya sedang-sedang saja. Hehehehe.

Minggu ni aku macam kreatif sikit masak. Aku masak rendang daging, hubby bagi 5 bintang. Hehehehe.......Syoknyer.......Alaa masak sikit-sikit reti la budget ramuannya. Cuba masak banyak-banyak, menangis kat dapur. Hari Rabu, birthday hubby, aku masak chicken rice. Dia kan fan of chicken. Hari Khamis, siang tadi aku masak ikan pari bakar. Perghhhhh, memang sejarah tercipta la.

Ceritanya bermula begini. Sabtu lepas aku and hubby ke pasar ikan and entah macam mana aku terpikir nak beli ikan pari. Aku belek-belek ikan pari, dalam kepala terpikir macam mana nak kerat and siang ikan pari. Maklum la, tak pernah handle ikan pari sebelum ni. Sekali nyonya yang jual ikan tu cakap, "You mauk masak apa? Kalau mauk masak kari, potong kecik-kecik. Kalau mauk bakar, biar panjang". Aku terpikir best gak idea nyonya ni suruh aku masak ikan pari bakar. Tetiba teringat kelazatan ikan bakar Jln Bellamy. Huwaaaaaaaaa, jaunyer!!!! Aku pun cakap, "Ok la, bagi saya 1 keping ni. Tolong potong sekali". Anak nyonya tu mengerjakan pari yang aku pilih. Emmmmm, baru RM9 untuk sekeping tu. OK la pari ni. Takde la mahal bebenor ek. Anak nyonya tu pun dah kenal sangat aku, kalau datang gerai dia mesti cari ikan tenggiri. Aku tak reti pilih ikan la. Anak nyonya tu siap memuji tak ikhlas kat aku, "Aiyaaa kakak. Kakak banyak cantik la ini hari". Ceittttt, cantik konon. Yela, ko kata la aku cantik sebab aku beli udang sekilo kat ko, harga RM16. Sekali balik rumah tengok ko campur udang besar-besar dengan yang kecik yea. Kurang asam!!! Dah dua kali kena sebenarnye bila beli udang tempat dia. Tapi sebab gerai udang yang aku suka tu takde udang plak haritu. Tau la ko budak kecik jual udang, next time kalau aku beli udang kat ko, aku tak kire, aku nak pilih sendiri.

Bangun tido pagi tadi, aku terpikir macam mana nak bakar ikan. Aku takde equipment nak bakar ikan. Tetiba terhingat citer Hana Henpon Pink yang laki die bakar sate kat umah pakai kuali leper. Hah, itu memberikan aku 1 idea bijak. Aku pun membakar ikan menggunakan frying pan. Jadi beb........Itu yang syiok tu. Hehehehe. Say thank you to Hana yang inspired aku.....Hehehehe.

Resepi untuk marinade ikan, aku cilok kat internet. Kuah air asam aku belasah hentam keromo. Tengok la gambor di bawah yea.

Kire OK la ek. 1st time try. Aku rasa sedap jer. Masuk bakul angkat sendiri daaa.....
Kuah belacan+limau+air asam+cili api+bawang besar+lada besar.
Hubby aku jahat. Die bagi 4 bintang dengan alasan sejuk. Ceiiiittttttt. Kalau nak bakar sebelum makan, alamat kelaparan la cik abang menunggu yea. Tapi dekat hujung ikan tu terasa masin sikit. Aku tersapu garam terlebih sikit kat area hujung tu. Tapi serious, aku tak tipu, hubby makan laju giler, tak pandang kiri kanan pastu siap melicin-licinkan mangkuk berisi ikan pari bakar tu. Aku pun makan tak puas, sebab ape tau? Abang, abang tau tak abang makan ikan pari tu lagi banyak dari saya??? Hehehehehe. Aku tak berani nak bakar banyak sebab takut tak jadi. Hanya 2 ketul ikan pari aje yang aku marinade and bakar. Lama gak nak membakor ikan tu. Nasib baik pakai dapur gas. Kalau dapur kayu, siap pakai sunglass gamaknyer membakor. Malam tadi gas aku habis. Aku rasa penangan membakar ikan pari tu la.

Ikan bakar orang Miri ni lain macam sikit. Aku tak minat and tak masuk selera aku. Maaf la yea orang Miri. Kalau sesape nak cuba, boleh la amik resepi "Ikan Pari Bakar Ala-ala Pemalas Puan Hazam".

Bahan untuk marinade ikan pari (2 ketul ikan)
- Bawang merah 3 ulas
- Bawang putih seulas
- Halia 0.5 cm
- Kunyit hidup 1.3 cm (guna pembaris OK, hehehehe)
- Sebatang serai bersaiz M (jangan yang gedabak sangat, kang rase serai aje)
- Sila blender 5 bahan-bahan di atas sebab aku malas nak tumbuk guna lesung batu
- Dah siap blender, marinade kat ikan pari selama 30 minutes, jangan lupa sapukan garam kat ikan sesedap rasa, kang tawar giler plak
- After 30 minutes, bakar la ikan and sendiri budget la tahap kemasakan ikan tu, kalau jenis suke yang rentung sikit, bakar la lama-lama sikit

Kuah air asam belacan (ape name betul ntah)
- 3 inch belacan (bakar belacan sekejap)
- Cili padi dalam 15-20 biji
- Tumbuk cili padi and belacan (masukkan dalam mangkuk lepas ditumbuk)
- Perah limau kasturi secukup rasa (estimated dalam 5-6 biji)
- Tambah air asam jawa secukup rasa (lebih kurang 2 sudu kecil)
- Tambah air, gula, garam secukup rasa
- 1/2 biji bawang besar dihiris
- 1 biji lada besar dipotong

Dah siap!!!!! Happy trying. Poyo aje aku.....

2 comments:

henpon pink said...

Waaa... sungguh kuteruja menengokkan ikan bakar tu. Kecur air liur dibuatnya. Pergh.... ni yang buat teringin nak ke Miri nih. heheheee.. Syabas Hazam kerana berjaya menngunapakai daya kreativiti laki hana tuh... Syabasss mere betty.

hazamz said...

Hehehehehe, malu aje dgn org yg terror masak mcm hana ni...

Nk dtg miri, dtg ler....ape salahnyer...tp kalau hana nak dtg nak mkn ikan bakar hazam, kena bgtau 1 hari awal.....hehehehe, al maklum ler membakor ala-ala terhegeh-hegeh.

Bila sebut kuali leper hana, teringat murtabak hana yg sedap n tebal giler tu....perghhhhhh, lazatttttttttttt!!!