What are new about me???
1- Anak dara aku Nisa dah start berjalan since last 2 weeks ago. So sekarang dia dah semakin ligat ke sana sini and the worst part is suka sangat mengutip benda-benda kecik atas lantai i.e lalat mati, habuk and biji-biji nasi. Nisa dengan selamatnyer sudah memakan seekor lalat mati that day. Nisa dah macam host citer Man Vs Wild kat Channel 551 yang suka makan buaya la, skunk la, katak and so many animals as long as it could be as survival food.
2- Aku dah berjaya masak rendang daging, kari daging and kari ikan. Alhamdulillah, sejak menjadi full time housewife ni, aku dah pandai sikit teori-teori asas dalam masakan. Dulu aku sungguh takut nak masak sebab jarang sangat masak sendiri. Tidak lupa, aku juga telah menghasilkan home made begedil ayam. Hehehe. Next round nak buat begedil daging plak.
3- Aku dah joined aerobic class kat Miri ni. Hahaha.....punyela sakit-sakit badan macam pekerja buruh binaaan after went back from 1st trial untuk cardio class. Aku sungguh teruja melihat instructor aku yang mempunyai bentuk badan yang sangat mantap dan berotot-otot even dah ader anak dara yang sedang meningkat remaja. Hubby aku cakap, yela...nanti kalau tengok instructor, badan tak slim, tak muscular......sure aku tak nak join. Kak Min, neighbour aku yang turut sekali mengikut aku join aerobic class cakap aper kat aku, "Hazam, sikit hari lagi, badan kite sure mantap macam badan instructor tu kan". Hahahahaha. Kak Min bole la, kurus. Saya ni tak kurus-kurus lepas beranak satu ni. Tapi mana la tau kan, aku bole slim down after joined aerobic class ni. Aerobic class die begitu unik sekali. It is divided to:
a) Cardio
b) Hip hop dance
c) Kick boxing
d) African dance
e) Arabia dance
f) Sexy Jazz
g) Towel body shaping
Yoga pun ada tapi aku kurang berminat dengan yoga di samping isu-isu yang mengatakan yoga haram kalau menggunakan mentera. Tapi yoga kat sini rasenyer takde benda mentera-mentera ni. Kalau aku tak puas hati, aku boleh pegi trial class for yoga.
Setakat ini, aku dah pergi cardio class and towel body shaping. Memang ada kelainan untuk kedua-dua kelas tapi the steps of aerobic still ader untuk both classes. Aku rasa harganyer sangat berbaloi di mana aku hanya perlu bayar RM40 sebulan untuk 8 classes. Registration pun hanyalah RM15. Aku dok borak dengan hubby, aku cakap jauhnyer beza harga kelas aerobic aku jika dibandingkan dengan pakej-pakej Fitness First, True Fitness and all types of fitness club kat KL tu. Basah la t-shirt aku setiap kali pergi aerobic class tu. Jumaat ni aku bercadang nak pergi kick boxing class plak.
4. Kolam mandi Nisa dah bocor. Kena la beli lain la gamaknyer. Nasib baik Nisa sempat merasa mandi dalam kolam die tu dalam 2 kali. Takpela kan sayang, merasa jugak kan. Tapi kesian jugak kat Adam, anak Kak Min. Haritu sibuk mengajak Adam join Nisa mandi sekali. Tapi masa tu Adam demam. Takpe, nanti bila Uncle dah beli pool yang lain, baru la Adam bole join Nisa mandi depan umah auntie ni OK.
5. Nisa sekarang ni dah tukar stage minum susu Progress Gold Step 3 plak. Walaupun harganya sekotak/setin lebih murah dari Step 2 tapi kuantiti kotak/tin yang diperlukan setiap bulan adalah lebih banyak. Haritu aku dengan hubby cuba survey harga-harga susu Enfakid, Mamil Gold...nampak gayanyer harga semua susu-susu tu lebih kurang aje. Before ni aku ada try bagi Nisa Anmum but it did not suit with her. Penyahtinjaan Nisa agak keras, so malas nak pening-pening kepala, we sticked to Progress Gold Step 3 dulu. Nanti Nisa dah 2 tahun, bolela downgrade sikit. Hehehe. Diapers Nisa pun aku dah tukar dari Huggies Dry Comfort to Drypers Wee Wee Dry. Drypers lebih economy tetapi berkualiti. At first, there was a small reddish near Nisa's diaper area. Tapi setelah menggunakan hampir 1 pack of 24 pieces, nampaknyer kulit dia dah serasi and thanks to all of my friends yang recommended me to use Drypers. Such a value for money diaper. Huggies more expensive than Drypers but the thing I like about Huggies is the cutting of the diaper. So, for future mummies like Aisha, Kak Ta, Hana, Nanee.....and others, bolela try Drypers nanti for your future babies OK. Not forgotten, future daddies macam Zairul, Faizul, Syamsul ke.....Drypers adalah antara diaper yang berkualiti di samping harga yang reasonable.
6. Pasal susu tu, aku and hubby that decided nak downgrade susu Nisa ke Sustagen ke, Lactogen ke, Nespray ke, Dugro ke tapi cadangan kiteorang tu tetiba terbatal because I have received some advice from an experienced mummy, Kak Min my neighbour. OK, if you use Gold/Premium type milk currently, then do not change to the other type of milk yang jauh beza sangat. Aku bukan memperlekehkan susu-susu Nespray, Sustagen........Absolutely No. Kak Min kata kalau aku and hubby sampai ikat perut tak makan semata-mata nak beli susu anak, janganlah sampai macam tu. Tapi kalau still mampu, still enjoying the life on every month, why not provide the baby with a quality milk then kalau nak tukar, do not change it drastically. Kak Min cakap, currently baby dia Adam minum Enfagrow.......that day husband Kak Min pun ada voice out to downgrade susu Adam to another type of milk. Kak Min kata, kalau you nak downgrade susu Adam, better you cut my monthly allowance then allocate the portion to Adam's milk. After I've got the advice from Kak Min, aku and hubby berfikir for a few days and memandangkan Nisa tak pernah mintak ape-ape from us, and menggunakan susu Progress Gold tu masih belum membebankan financial kiteorang, Alhamdulillah Nisa still minum Progress Gold tu sampai hari ini.
Bercerita pasal susu ni kan, banyak pulak aku membebel kat post kali ni.....last week aku chat dengan member lama masa kat USM dulu. So we all (biasala mummies), berborak pasal susu la, diapers la, shopping kat mana la and so on. Kawan aku ni sibuk kata gaji orang government macam dia ciput, tapi bagi aku as long as dia hidup selesa, tak merempat, it means dia bole hidup selesa dengan bekerja sebagai pegawai kerajaan. When it comes to susu, dia terkejut giler aku bagi Nisa minum Progress Gold. Aku kata banyak lagi susu-susu mahal on the rack sebenarnyer. Besides, banyak parents nowadays mampu membelikan anak-anak dieorang susu premium macam Enfa, Mamil Gold, Frisolac Gold and so on. Kawan aku ni, bagi anak dia minum susu Dugro, dia kata kat aku, senang.....Dugro murah dan die banyak kali terserempak artis-artis belikan anak dieorang Dugro.
Tapi kawan aku ni obsessed dengan baju budak-budak perempuan. Kalau menyopping baju budak pompuan, 3 brand utama yang kanak-kanak hari ini mesti pakai: GUESS, GAP, OSH KOSH. So bila aku dengar dia cakap macam tu, aku rasa it is so imbalance bila anak ko mampu memakai blouse and skirt Guess yang harga should be more than RM100 tapi minum Dugro. Bukan Dugro susu yang tak baik, tapi aku rasa kawan aku patut mengutamakan pemakanan anak dia, make it as priority rather than pakaikan anak baju-baju yang branded tapi when it comes to nutrien for her baby, bagi yang ala kadar aje kan. Lain la kalau anak ramai, selang setahun plak tu, so kalau macam tu, kopak la bapak die if sorang minum Enfalac, sorang minum Enfagrow, sorang lagi minum Enfakid......Kalau situation macam ni, the parents kena la beli susu yang sesuai untuk kemampuan diaorang.
Macam aku duduk Miri ni, memang haram takde la kedai GUESS, GAP or OSH KOSH. So senang, aku tak nampak benda tu, jadi aku tak ade perasaan nak belikan anak aku baju-baju 3 brand kanak-kanak masa kini tu. Kalau nak beli GUESS Kids kena pegi Brunei. Tak payah ler. Pakai baju cap Anakku, Kiko, Disney pun cukup comel aku tengok Nisa tu. Ape yang aku nak highlightkan di sini adalah keseimbangan yang kawan aku patut pikir. Aku tak nafikan, hubby pun belikan Nisa kasut Adidas and others tapi seimbang la pemakaian Nisa dengan pemakanan yang aku berikan kepadanya. At the moment memang aku not a fan of GUESS, GAP and OSH KOSH. Niat nak belikan tu ader, tapi bila pikir balik macam membazir. It is better if aku simpankan duit untuk tabung Nisa.
Aku pun dulu ader masuk kedai OSH KOSH, Baby GAP kat KL and aku tengok kalau macam t-shirt tu busuk-busuk pun RM50- RM70. Maybe aku tak perasan kalau ader yang design simple-simple with cheaper price kan. GAP jeans for kids for busuk-busuk harga RM100 above. Tapi yang pelik kawan aku yang pegawai kerajaan ni cakap, dia dapat harga yang murah, beli dekat warehouse. Mana tu???? Original ke atau imitation grade 1 from Thailand??? Aku teringat masa pegi kat Amcorp dulu, ader satu booth jual baju GUESS for kids. Aku memang yakin la ianya bukan original sebab jual pun kat booth aje. Aku tanye salesgirl die, "Ini bukan GUESS original kan?". Salesgirl jawab, "Bukan kak, ini Thailand punya, grade 1". Memang kalau tengok, cantik. Die jahit label GUESS tu pun kemas. Tapi aku tak beli sebab takde yang berkenan. Sue Mrs Bobby ada cakap kat aku, nowadays memang banyak baju kanak-kanak brand OSH KOSH, GUESS, GAP yang tak original. Dia pesan berhati-hati ketika membeli. So kalau nak yang original, please go to the original boutique OK.
Untuk parents-parents yang mampu beli baju mahal-mahal untuk anaknya besides mampu memberikan pemakanan yang berkualiti, so itu dikira balance. Sama la macam stroller, car seat and so on. Company hubby bagi car seat Maxi Cosi. Kawan-kawan UMMC aku bagi car seat Sweet Cherry. Memang Maxi Cosi and Sweet Cherry mempunyai perbezaan yang amat ketara. Maxi Cosi and Sweet Cherry merupakan 2 teknologi yang berlainan. Sweet Cherry tu memang basic giler tapi Maxi Cosi tu jauh lebih safety, comfort and bole guna since infant. Aku and hubby selalu gak menelek-nelek stroller Mac Laren. Bukannyer kiteorang nak perasan stylo sebab tolak anak pakai Mac Laren. Tapi tertarik dengan keringanannyer dan teknologinya. Kalau pasni stroller Disney Nisa rosak, kalau ader budget yang mampu, bole la kot beli Mac Laren ke, tapi hubby cakap bila balik KL nanti cuba tengok Combi dengan Graco. Nak cari yang ringan, bole diangkut naik flight and yang penting, Nisa bole duduk selesa, tido dalam stroller.
Dulu, masa aku pregnant, masa aku dok discuss dengan Kak Mazwin and Arfah pasal all the babies equipments, Arfah sibuk suruh aku beli Combi. Bila aku masuk kedai Combi dulu, mak aiihhhh, 1 stroller semua range RM1K. Tapi aku percaya, Arfah was buying the technology sebab dia kate die guna stroller tu lame giler dari anak yang sulung (ke yang second) sampai la yang no 3. Now, aku plak yang terpikir nak beli Combi. Sebab aku terasa memerlukannya. Tapi tepuk dada, tanyalah selera. Kalau rasa jenis nak pakai buang, beli aje stroller yang harga biasa-biasa. Tapi aku memang tak suka sangat dengan stroller Disney Nisa tu. Macam tak ada kualiti. Nak handle pun payah. Alignment tayar dah lari, dah koyak lagi. Ader lagi satu stroller Fair World aku beli dulu and still guna kat Miri ni tapi ia agak bulky kalau masuk bonnet kereta. Untuk dijinjing naik flight and balik kampung, memang tak practical.
Ukur baju di badan sendiri, bukan di badan orang lain. Kalau rasa diri sendiri mampu untuk memiliki sebuah kereta Perodua, beli Perodua. Tapi kalau rase diri tu mampu memiliki kerata buatan Eropah, Peugeot, beli la Peugeot. Tapi ingat, jangan sampai membebankan diri sendiri. Jangan peduli apa orang nak cakap. Kita mempunyai alasan tersendiri untuk setiap yang kita lakukan. Mungkin kita tak stylo when it comes to hiasan rumah, pakaian, perabot......tapi rumah kita besar, kereta mahal dan besar, handphone mahal and yang paling penting duit dalam akaun.......hehehehehe...................
Babaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
6 comments:
Abang rasa nnt kita blikan Quinny jogger la utk nisa, sbb kita slalu jogging kat soping komplek, kuangkuangkuang.......
Nanee? one of the future mummies? (Nani sedang merenung jauh ke depan melihat dirinya bersama empat orang anak; satu didukung di tangan kanan dan satu didukung di tangan kiri manakala dua lagi di tangan suaminya yang muka agak blur tatau sapa hahahahaha)
Eh hazam, tayah membazir sgt membeli kualiti. bra dan spender cap scarlet pon walaupon rm10 dapat 3, berkualiti jugak tau. hahahaha.
But kalau hazam rajin, for hiasan rumah or things that you can do by yourself, do it DIY. seronok pun seronok tgk hasil sendiri.
kiss pipi nisa for nanee ok! :)
abang nak beli cap quinny? perghhhh.......kalau nisa will be rewarded with quinny, I should be rewarded with something equal to quinny? hahahaha....PSP ke....
eh, nanee, jgn la misunderstood. hazam pun ader baju &^%$#%## cap scarlet OK!!!!
kalau membeli technology, cthnyer mcm kereta ke, laptop ke, haaa, itu beli mahal2 sikit takpe, berbaloi...kalau baju, cap tesco also can lorrrrr, asalkan selesa.
future husband nanee yg muka blur tu, let hazam guess? orgnyer berambut kerinting, kulit hitam, gigi sedikit jongang, perut sedikit gendut.....sape tu??? heheheheh
hazam,
tooth gap nisa tu nnt akan hilang bila dia makin besar. tasneem dulu pun ada gap, tapi now gigi tu dah rapat. risau gak dulu kot la anak aku ada gap cm madonna tu
yer ker farah? aku risau gak tgk tooth gap anak aku, smpaikan doktor pun tergelak-gelak tgk gigi anak aku...
kalau hilang bagus la, anak aku ni suke hisap puting...takut kalau puting tu contribute to her teeth growth ...
Post a Comment