Semalam terjadi lagi satu episod kegagalan permohonan aku kat KWSB.....Darah dah memancut ikut telinga....
Aku pegi la bank semalam untuk collect aku punya account statement. Sampai sana, aku jumpa officer and menyatakan hasrat aku. Tapi dia kata "Maaf encik, kami baru je dapat request untuk print statement encik hari ni. Tapi takpe, saya akan printkan aktiviti akaun encik untuk 3 bulan, kejap ye". Walaupun aku nak marah, tapi aku cool sebab dia ada solution lain untuk aku. So setelah menunggu beberapa menit, officer tu pun datangla dengan account activity statement aku......
Officer tu pun dengan nada sopan berkata, "Kejap ye encik, saya cop and verify kan sekali, sebab officer KWSB kang cerewet skit." ok good deal, thanks for the help mr officer.
Aku pun lepas tu drive dengan rasa happy ke KWSB. Ye la, dah ada proper statement kan. Sampai je sana, amibil no giliran then jumpa officer. Dia pun check all my document. Sampai je ke account activity statement tu, dia cakap "encik statement ni tak boleh pakai". Aku mula meradang, "sebab apa pulak kali ni, semalam saya bawak verified statement Mayabank2u pun tak boleh pakai, tu kan dah ada nama, no ic dengan account no saya tu!", aku mula hangin.
Dia rilek je jawap "verification cop kat statement ni takde nama officer". Aku dah rasa nak lompat atas meja counter tu and terkam je officer tu. Nampaknya gagal lagi misi aku. Terus takde mood, terus balik umah.
So harini ni aku kena la lagi pegi bank, suh officer tu tambah nama dia plak kat verification stamp tu. kalau gagal jugak kat KWSB, memang aku akan jerkah je officer KWSB tu harini.
So ingat ye anak2, kalau nak bagi statement ke KWSB, make sure ada nama officer, kalau bole mintak sekali officer punya makanan kegemaran, jenama kesukaan, saiz kasut dan allergy. tulis dalam statement tu. Pastu print saiz AO so bole buat wallpaper lagi selai.
Aku akan berjuang lagi hari ini.....
Random Friday
11 years ago
2 comments:
Yes!!! Berjaya jugak aku hantar borang KWSB tu walaupun pada mulanya officer dia nak reject gak tadi sebab no maybank staff tu tak jelas, hampeh!
bongok punyer K***. tolongla stated all the stupid requirements in your OFFICIAL WEBSITE. Do not hassle/annoy us. Alhamdulillah, setelah 3 visits to K***, akhirnya. td maybe sbb bwk bodyguards kot...hahaha.
Post a Comment