Monday, November 9, 2009

No plastic bag Sunday

Hi semua,

Selalu kita dengar tentang usaha2 masyarakat yang cuba untuk memulihara alam sekitar dengan pelbagai2 cara. Ada yang recycle aluminium can, ada yang recycle paper, ada yang guna kenderaan hybrid dan macam2 lagi la.

Pernah dengar tak pasal Earth Hour? Sure korang pernah dengar punya, unless la kalau korang dok kat dalam Hutan Belum tu ke yang takde letrik ke, bole percaya la aku kalau kata tak pernah dengar. Earth Hour yang pada 2007 hanya dibuat secara domestik di Sydney, sekarang dah jadi satu event tahunan yang disambut diserata dunia. Cara dia simple je, tutup perkakas elektrik selama sejam!

Tapi aku kat sini bukan nak cerita pasal Earth Hour, aku nak cerita pasal satu lagi usaha oleh PBT Miri yang aku respect dan sokong sangat2. Benda yang dia buat simple je, no plastic bag every Sunday! Plastic bag ni adalah satu bahan yang sangat susah untuk terbiodegradasi, dikatakan masa untuk pereputan unsur plastic ni memakan masa seribu tahun, bayangkan la plastik yang korang buang tu berapa generasi baru bole alami pereputan.

So cadangan PBT Miri ni adalah simple, tak membebankan tapi sangat efektif dalam skala domestik. Setakat ni semua pasaraya ambik bahagian setiap Ahad dengan tak bagi plastik bag bila kita beli barang. Kita kena bawak sendiri kita punya paper bag atau sebarang bekas yang kita nak guna, mudah kan! Ada 5 supermarket yang ambik bahagian iaitu E-mart, Servay, Boulevard, GK Supermarket dan Kenyalang. Ini yang aku tau la, so bayangkan berapa banyak plastik yang bole di save untuk satu hari, dan ini baru Miri je! Diorang ada jual paper bag lebih kurang macam ni la bagi sesiapa yang nak beli. Benda ni reusable.




Tapi kitorang jugak ada beg ni, yang aku cadang nak buat beg shopping hari Ahad aku sekeluarga.


Aku nampak potensi yang baik dengan No Plastic Bag Sunday Campaign ni. Aku tak sure kalau KL atau bandar2 lain kat Malaysia buat benda ni, but I figure it would be a good effort. It would be good to see the whole Malaysia practising the same effort towards better environment. Tahniah kepada Majlis Bandaraya Miri atas usaha ini. Salute!




1 comments:

hazamz said...

Yeaaaa.........come n shop on Sunday in Miri!!! Satu usaha murni yg harus diperkenalkan di bandaraya2 besar di Malaysia....