Hari ni hujan dari pagi, tapi disebabkan semangat yang berkobar2 kul 10 pagi aku dah terpacak depan opis KWSB. Aku nak klua duit dari akaun 2 aku untuk belanja umah baru (Ye la, mana nak carik sepelepuk 20k kan, lain la aku Pak Man Telo ke atau jual produk Hai-O ke).
So aku dengan penuh harapan pegi la kat information counter KWSB tu untuk amik no giliran.....Officer dia tanya "Nak buat urusan apa encik?". So aku jawap la "Saya nak buat pengeluaran akaun kedua untuk pembelian rumah". Dia tanya lagi, "Bole saya tengok dokumen encik?". After that, all hell break loose!!!!!
Bila dia tengok SnP aku, dia cakap "Encik, salinan SnP ni tak nampak la cop setem duti dia, encik kena photostat balik. Muka depan yang ada logo developer ni pun cik kena photostat". Aku tanya, "eh kenapa sampai muka depan pun kena photostat?". Dia explain "Sebab kita nak tengok alamat dia" (read: kami nak appreciate gambar2 bunga yang ada kat logo ni, cantik la!). Aku merungut dalam hati yang kat dalam SnP tu lebih dari alamat dia bole dapat!
Pastu dia tengok pulak salinan Mayabank2u statement aku yang dah di CERTIFIED TRUE COPY oleh banker dan dia berkata "Encik statement ni x de nama encik, kami tak boleh pakai." Darah aku mula menyirap (read:mendidih sampai bole buat air sirap). So apa yang saya kena buat sekarang?
Dalam hujan lebat kat luar opis, dia dengan selamba cakap "Encik kena photostat balik SnP ni, gelapkan skit" (read:photostat to pitch black so we can't see any word even we're standing 3 feet from the sun, so we can see the duty stamp from 2 miles away when we're having our lunch.) Ok la, so aku tanya KWSB x de ke machine photostat? Dia cakap KWSB x de photostat so aku kena jalan ke blok belakang ada satu kedai photostat, DALAM HUJAN LEBAT!
Lepas tu dia cakap lagi yang aku punya bank statement tak boleh pakai, so aku kena mintak bank printkan baru untuk aku. Darah aku dah nak klua ikut hidung dah, tapi terpaksa bersabar sebab kang dia tak proses plak permohonan aku. Dengan sopannya aku berkata kat dia "Takpelah, petang karang saya datang ye....."
My suggestion is that they should have stated like this in their website:
1) Copy of SnP agreement: Stamp duty must be clear so it can be seen from 3 miles away.
2) Bank Statement: Must include all the possible information, including favourite colour, food, waist size and any allergy.
Dalam hujan tu aku berlari2 anak la ke Mayabank terdekat (Caw 1). Sampai depan pintu dia (kuyup la jugak) aku ternampak signboard "Untuk tukaran wang asing sahaja".
So aku dengan hati bengang pegi la drive ke Mayabank lain (Caw 2), sampai sana aku tengok receptionist takde, nampak ada orang ramai2 tengah gelak2 meeting. Aku pun tunggu untuk beberapa minit sampai ada sorang staff dia datang kat aku. Aku bertanya "Miss, I would like to have my saving account statement printed. Who should I see?". Dia dengan toyenye berkata "Sorry this branch is for corporate banking and car loan account only."
Limpa aku bertambah bengang, tapi aku gagahkan gak drive dalam hujan ke Mayabank lain lagi (Caw 3). Sampai sana, aku terus jumpa guard and tanya mana nak print statement. Guard tu dengan penuh girang berkata "Maaf bang, harini sistem kita kat branch ni down!". What the heck is wrong with your system? Aku dah mula menyumpah2, tapi pegi jugak lagi drive dalam hujan ke Mayabank lain lagi (Caw 4).
Sampai Mayabank satu lagi aku terus tanya officer kat info counter "Encik, saya nak print account statement saya". Lantas dia menjawap "Boleh!", hati aku girang macam kekanak Ribena. Tapi as soon as aku nak girang lelebih, dia pun cakap "Encik kena isik form, esok baru bole amik statement.". Aku dah mula hangin and mula tanya dengan nada kasar, "kalau print sekarang je tak boleh ke? Takkan nak tunggu sampai esok and datang balik just nak dapatkan statement?". "Maaf encik, tapi itu procedure and kami akan charge ke akaun encik (read: We can't print it for you immediately because we will be busy having lunch soon, yihaa!!)".
So, aku dengan jayanya telah membuang masa sepanjang pagi macam keldai ke hulu ke hilir tanpa ada hasil. Aku telah berjaya menyimpulkan yang service industry in our so-called "developing country" is still at a very poor level!! Why on earth don't they just make a one-stop-centre for every banking needs?
Why is it soooooooo hard to deal with these kind of thing? It is my own freaking money that I want to cash out and I am supposed to be their client, yet they act like "look, we will try our best to ensure that you never get back you money muahahahaha!!!".
Esok aku akan berjuang lagi, hopefully ada la hasil. Harus mandi bunga aku ni, tak pun mandi longkang terus! Ingat, Kepada sesiapa yang nak kluakan duit kat KWSB, cop duti setem tu biar jelas, Kalau bole copy ke saiz AO biar boleh buat wall paper terus!
Enough of ranting, makan beskut lagi best!
Random Friday
11 years ago
2 comments:
alahai kesian kt abang sy sorang ni. sabar byk2, bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian. maybe ader hikmah di sebalik ape yg terjadi.
after all, kena kuar gak duit EPF utk menampung perbelanjaan RUMAH BARU yg bakal dimiliki...ye ke kite dah beli umah??? hahaha. ahaksss....
kesiannye mon!!!!bongok maybank tu.mmglah kena kuar.mana nk dpt duit byk selepuk tu kan.nak beli brg2 lg.sabar k....
Post a Comment