Thursday, January 8, 2009

Ilmu Hitam

Agak sudah lama aku tidak mencoretkan sesuatu di blog aku ini. Aku agak sedikit busy sebab hubby demam teruk, mencecah 40 celsius. Bukan la teruk menjaga die, tapi aku takde masa nak hapdate blog sebab kena jaga Nisa full time. Bila malam, masuk tido awal sebab mata dah berat bebenor sebab keletihan di siang hari. Nisa pulak dah semakin ligat ke sana ke mari...perghhh kalau dah start berjalan nanti, tak tau la aku. Silap-silap mau aku goreng telur aje sebagai lauk harian untuk hubby...hehehe.

Entry aku kali ini ader berbaur misteri sikit. Terpulang pada pandangan masing-masing untuk mempercayainyer. Bagi aku, aku percaya wujudnyer ilmu hitam yang dicipta untuk tujuan yang tidak baik. So baca la kisah yang aku nak ceghita ni selanjutnyer.

Aku ada seorang kawan pompuan yang setahun older than aku. Aku tahun ni nak masuk 28, kirenyer die 29 la tahun ni. Orangnyer cute, kecil molek, baik dan aku dah 2 kali jadi housemate and roommate Y mase aku single dulu. Aku memang very close dengan Y ni. Berkongsi cerita, masalah, kalau die ader financial problem, aku gerenti tolong. Sepanjang aku kenal die, aku tak tau nape semua orang di sekeliling die akan aniaya dan membenci Y ni.

Kiteorang still keep in touch even after aku dah kawen and dah beranak satu ni. Y pun dah banyak kali tukar kerja sebab masalah tertentu di tempat kerja. Y ni secretary, yang aku tau the only one boss die yang takde buat hal dengan die adalah mase die keja kat sebuah hotel ternama di Subang dulu. Tup, tup lepas keja kat Subang tu, die pindah keja ke Langkawi cari ketenangan sebab boiprennyer yang menyusahkan orang ader pompuan lain. Yang teruknyer, boipren die ni mengamalkan cara hidup yang menyimpang selepas berkawan dengan pompuan baru ni. Idup macam laki bini tapi tak kawen. Korang pepaham ajela ek. Aku memang dah lame tak berkenan dengan boipren die ni. Keja tak tetap, suke pinjam duit Y dan selalu jer buat scandal di tempat keja. Wherever boipren Y ni keja, die mesti ader scandal dengan pompuan. Kalau ghupe tu kacak sangat macam David Beckham ke, aku tak kesah. Ini cuping telinga pun tak same langsung dengan Beckham. Pandai mengayat kot.

Dalam seminggu lepas, Y mengSMS aku memberitahu die sedang undergo satu perubatan tradisional untuk menyembuhkan sakitnyer. Menurut ustaz yang merawat Y, die terkena ilmu hitam. Aku rase ader benarnyer jugak. Ustaz tu jugak memberi clue bahawa orang yang menghantar ilmu hitam tu kepada Y adalah best friend die sendiri sejak primary school. Pompuan jugak. Aku pernah a few times jumpe best friend Y ni. Kalau tengok dari segi luaran, memang aku pun tak nak kawan dengan die. Sebabnyer, aku tak nampak chemistry antara aku dengan best friend die tu. Tapi aku still menghormati die sebagai tetamu mase die bertandang ke umah sewa kami kat Shah Alam dulu.

Kesiannyer aku dengar penderitaan Y. Menurut ustaz tu, best friend Y ni buat Y merana seumur hidup. Y akan dibenci oleh setiap bosnyer setiap kali die tukar keja. Kawan-kawan di sekeliling Y pun ramai yang akan benci Y tanpa bersebab. Kalau bercinta plak, memang takde jodoh dan hubungan cinta Y dan boiprennyer akan banyak masalah. Aku selalu cakap kat Y, " Nape Y selalu kena duga macam-macam?". Aku simpati dengan Y. Aku beritahu, "Allah sayangkan Y, sebab tu Allah sentiasa menduga Y".

Menurut Y, ilmu hitam itu dah bertahun-tahun kena padanya. Kepala, kaki kirinya semakin sakit hari demi hari. Jerawat di sebelah pipi kiri semakin bertambah dan teruk. Y dulu selalu mengadu dengan aku pasal jerawat di pipi kirinya yang tak pernah nak surut-surut. Semakin teruk dan jadi macam hitam sikit. Aku cakap kat Y, "Alah, Y kan suke makan laksa. Laksa banyak udang and belacan. Maybe kulit Y tak tahan dengan belacan tu".

Aku perasan tiap-tiap kali increment, appraisal, Y ni sure dapat bahagian yang agak besar. Bukan naik 5% ke hape, tapi 10% to 20%. Bonus pun dapat agak lebat jugak. Y ni rajin kerja and tak pernah melawan. Yang sedihnyer, hampir semua bosnya akan ended up macam membenci Y tanpa sebarang sebab. Seingat aku, ex boss Y kat hotel di Subang tu Chinese. He was a nice guy. Die sorang ajela boss yang sangat memahami and menyayangi Y. Memandangkan Y ni murah rezeki, best friendnyer selalu iri hati sebab rezeki die tak semurah rezeki Y. Gaji si Y ni senang-senang aje naik tapi best friend Y bukan nak tumpang gembira, malah die lebih menyampah dengan pencapaian Y.

Mase aku menyewa umah dekat sebuah university yang palingggggg famous kat Shah Alam dulu, kami berempat menyewa sebuah flat. Aku, Y and 2 problematic sisters, adik beradik. Problematic sisters ni la antara orang yang paling buruk perangai pernah aku jumpe. Sifat-sifat mereka adalah seperti berikut:
1) Perasan cantik dan jelita. Kalau jalan kat mana-mana mesti 2 beradik ni kata lelaki-lelaki asyik memandang mereka.
2) Si kakak kedekut ya rabbi. Simpan remote control tv dalam bilik. Simpan plug mesin basuh dalam bilik. Pintu bilik pula berkunci setiap kali keluar even nak pegi tandas. Bongok punyer orang. Kalau naik keta si kakak ni, bila dekat tol, die akan berhentikan kereta agar jarak passenger belakang belah kanan betol-betol opposite dengan kaunter tol. Ini adalah taktik kotor untuk MEMAKSA passenger belakang bayar tol. No any excuses OK!!! Tidak lupa juga untuk bayaran parking. Gilerrrrrrrrrr...........Serik aku, menyumpah seranah aku lepas kena 2 kali. Baik aku naik bas cenggitu.
3) Si adik mempunyai sifat pelik suka mencederakan diri sendiri. Pernah membuat cubaan membunuh diri dengan meminum minyak rambut yang warna hijau tu. Aku la balaci yang dok mengelap minyak-minyak sampai bersih sebab minyak tu tumpah satu umah. Aku jugak mengutip cebisan-cebisan botol kaca minyak rambut tu. Si adik telah dimasukkan ke wad dan dinasihatkan menjalani rawatan psychiatric.
4) Mereka tidak boleh melihat orang lain lebih dari dieorang. Aku pakai credit card pun dieorang jealous sebab gaji dieorang tak cecah pun minimum amount untuk apply credit card. Apa daa!!! Aku bukan pakai platinum card pun...
5) Selalu mengutuk boipren aku iaitu hubbyku sekarang, tak hensem la, naik keta kancil ajela...tak sedar die pun pakai kancil....sekarang Alhamdulillah, kami mampu memandu kereta besar....

Si adik ni telah mengoffer Y untuk bekerja sebagai secretary di syarikat yang die sedang bekerja. After all the interview processes, Y berjaya dapat kerja di situ. Earlier on, Y bekerja dengan hepinyer tapi setelah si adik ni mendapat tahu boss menyukai cara Y bekerja, si adik ni mula buat cerita bukan-bukan pasal Y kat opis tu. Si adik ni mulutnye sangat jahat. Akhirnya, satu opis memulaukan Y termasuk boss si Y ni. Tapi a few yang sangat memahami Y tidak termakan kate-kate si adik yang jahat tu.

Selain peristiwa tu, on the same time, boipren Y tak abis-abis dengan scandalnyer. Dok bergaduh 24 jam, 7 hari seminggu. Aku suruh break up, tapi Y ni sayang bebenor dengan boiprennyer. Aku kate kalau sayang, kena la telan semua pahit-pahit scandalnyer tu. Y ni banyak meminjamkan duit kepada boiprennya, sampaikan minyak motor, sewa umah, bil air, letrik, top up semua Y yang sponsor. Alasan Y, die kesian tengok boiprennyer takde duit.

Aku realize, Y ni macam ikut aje aper cakap orang. Orang dengki die pun, die tetap akan berbuat baik dengan orang tu. Y ni amik part time study, every time assignment, aku tengok die bertungkus lumus buat sedangkan member-member groupnyer serahkan bulat-bulat kat Y. Sepanjang jadi roommate Y ni, memang selalu sangat die mengadu sakit-sakit kepala dan kaki. Die kate kepala die berat sangat seolah-olah ader batu kat dalam kepalanyer.

The best project ever aku dan Y pernah buat mase duduk dengan problematic sisters tu, si kakaknyer kan kedekut nak mampus. Korang tau ape aku buat? Kalau Y baca, sure die gelak guling-guling ingat perangai aku dulu. Aku masukkan clorox dalam listerine and shower foam si kakak yang kedekut itu. Y nasihatkan aku, "Kalau G tu mati minum clorox dalam listerine macam mana?". Aku jawab, " Takde mati la, orang pakai listerine buat kumur-kumur je, bukan telan pun". Memang si kedekut tu selamat. Tiada aper berlaku terhadapnyer. Hahahahaha.

Entry aku kali ni agak kelam kabut sikit. Sorry ye. Aku rase kesian sangat dengan Y. Sekarang ni, Y kena mandi ais setiap hari selama sebulan sebagai salah satu rawatan untuk membuang ilmu hitam yang dihantar kepadanyer. Aku doakan Y cepat sembuh, mudah-mudahan Y dapat menjalani kehidupan yang jauh lebih bahagia pada masa akan datang. Y pun dah broke up dengan boiprennyer. Mungkin Y akan bertemu dengan lelaki yang jauh lebih baik in future.

Aku still pelik ape yang best friend Y dengki sangat dengan Y? Best friend Y tu dah berumah tangga and dah ader anak dah. Kalau die dengki dengan rezeki yang Y dapat hasil daripada titik peluh Y sendiri, die silap. Rezeki datang dari Allah tapi kite mesti berusaha untuk mendapatkannya. Aku rase best friend Y ni sangat kolot orangnyer. Dah terlalu ramai orang-orang di Malaysia ni yang berjaya. Best friend Y ni sepatutnyer menjadikan Y sebagai inspirasi tetapi bukan mengkonspirasikan Y dengan menghantar ilmu-ilmu hitam yang tidak baik tu.

Ya Allah, peliharalah kami dari segala kejahatan dunia ini.........Amin. Cerita aku ni mungkin bole menjadi tauladan buat kite semua.

4 comments:

aisha said...

wei pompuan..ini entry ke apa? caca marba..but i do remember ur story about the clorox part.. saya siap gelak nak terguling-guling dah.. so, si Y ni tak abis lagik masalah nyer dari dulu zam? sian dia.. and the sisters tu still wujud ke? heheheh..still perangai macam hampeh lagik ker?

na-nee-no said...

gila panjang entry.... naik rabun mata membacanya... huhuhu....

setiap yang datang tu ujian dari Allah.. alhamdulillah kawan Hazam tau cara nak hadap segala ujian... moga berkat hidup dia selalu....

hazamz said...

aisha & nanee,

entry mmg pjg giler, sbb bersambung2 mase create...hehehe

tula aisha, the sisters tu still wujud. si kakak yg g*m*k tu dh kawen dh pun...x contact dieorg pun, maleh cume si adik tu jer slalu msg saya kat friendster...

si adik maseh dgn boipren lamenyer...

nanee bkn mmg rabun ke...:)

single.paddle.drummer said...

Mmg kolot The Sisters tu. Takde keje aku nak black magic org. Ngabih duit & boreh je. Kalo dpt passive income bulan2 ok gak la.

Pergghh! Ngantuknya aku tggu iSoft wat iPM DB upgrade. 3 jam lg utk shift aku di'take over' oleh Sifu Hadee. Chayo2!