Assalamualaikum semua.......lamenyer aku tak update blog aku? Nape ekk?? Aku capek di samping aku sudah sik ada mood untuk mengupdate blog sebab hatiku sangat gumbira untuk balik kampung.....dah macam cacing kepanasan dah dok Miri ni even selalu hujan kat sini....ahaksss...
Well, malam agak larut ni tapi aku gagahkan jugak mata aku untuk menulis sesuatu...Ape aku nak tulis?? Haaa, baru aku teringat!!! Petang tadi aku ke sebuah pasaraya kat area umah aku ni. Name pasaraya tu "e-mart". Die lebih kurang macam Giant la tapi kecik aje supermarketnyer. Tapi e-mart ni antara pasaraya yang menawarkan harga barangan yang lebih murah compare to other supermarkets.
Aku bukan nak mengutuk pasal e-mart ni, tapi ader 1 kejadian petang tadi yang membuatkan aku terkedu bagai nak giler. Cherita die begini.....aku telah membeli sebuku roti, sepotong kek and setin nescafe original kat sebuah bakery di dalam e-mart ni. Lepas membayor semua benda yang aku beli tu kat cashier di dalam bakery, aku pun bertanye, "Ader straw tak?". Cashier tu jawab, "Ader tapi kena ambik dekat Free Gift counter yang dipunyai oleh e-mart". Aku pun jawab OK dan terus blah dari bakery tu. Sambil tu colleague kepada cashier kat bakery sempat bertanyekan umur Nisa kat aku. Nisa dah masuk 10 months semalam, January 20 2009. OK, sambung kepada citer aku. Sampai di Free Gift Counter e-mart tu.
Hazam : Dik, minta straw?
Adik di counter free gift tidak memberi jawapan. Tiba-tiba seorang kakak berpakaian security guard yang duduk di sebelah adik berkenaan bersuara.
Kakak security guard : Tolong tunjukkan air.
Hazam : Haaa???
Aku terdiam, terkedu seketika. Aku kaget. Tak paham sebenarnyer. Aku berpikir sejenak. Tak kan la kakak security guard ni suruh aku tunjukkan air tin nescafe yang aku beli dekat bakery tu? Giler hape kakak ni. Ke aku salah dengar ni. Takpe, aku tunjuk ajela. Bukan rugi ape pun. Aku pun mengeluarkan air tin nescafe dari dalam plastik.
Hazam : Kak, saya beli air tin ni dekat bakery, bukan dari e-mart.
Aku membuat keterangan macam pesalah. Tangan kanan aku memegang air tin nescafe sambil menunjukkan ia kepada kakak security guard. Kakak security guard memandang air tin nescafe aku sekali imbas aje. Itu pun die gune ekor matanyer aje. Angguk tidak, geleng pun tidak kakak security guard tu. Selepas daripada adegan itu, baru la aku mendapat "sebatang" straw daripada adik berkenaan. Nasib baik adik tu melemparkan sedikit senyuman kepada aku semasa menyerahkan straw. Hilang sikit perasan pelik yang berlegar-legar dalam kepala aku ini.
Wei, nak minta straw pun kena tunjuk air tin yang dibeli ke? Giler kena catu. Kalau aku beli air kotak, sah-sah tak dapat straw sebab air kotak dah siap-siap dengan straw. Aku geli hati sebenarnyer. Cepat-cepat aku berlari kat hubby dan merepot, "Abang, giler kat sini siap kena tunjuk air tin kite beli baru dapat straw". Hubby aku gelak. Aku pun gelak giler. Tak pernah seumur hidup aku bile minta straw kat counter siap kena tunjuk air yang kite beli untuk diminum tu. Hahaha..............lawak, lawak!!! Tapi mungkin die ader reason behind. Kat Miri ni, benda-benda kecik pun orang suke curik. Maybe kalau die letak gitu hal aje straw tu, abis ajela straw tu dicilok oleh orang-orang yang tidak bermoral. Mungkin jugak kakak security guard tu cuba untuk menurunkan kos pembelian straw oleh syarikat yang sedang die bekerja iaitu e-mart. Lagi satu, aku rase kakak security guard tu begitu komited bekerja sebab die takut namenyer terpilih dalam calon-calon pekerja untuk dibuang. Yela, recession kan. Jappp, muke aku ni ader iras-iras pencuri straw ke? Aku pakai selekeh sangat ke? Jeans dengan t-shirt, tudung siap blink-blink tak kan la ader ghupe pencuri straw????
Tetibe aku terhengat peristiwa makan di UMMC suatu mase dulu. Dekat Trauma mase tu. Aku makan dengan Nanee-No, Kak Zulie and sape lagi sorang ek, aku dah lupe. Henpon Pink kot. Tak pun Hajar. Aku pegi stall kat depan kedai yang ader jual pau and corn in cup tu. Aku mintak tisu lepas makan sebab tisu kakak tu bagi sekeping aje, pastu tisu tu plak tisu sehelai yang dikerat dua. Tangan aku yang basah sebab dibasuh selepas makan, tidak cukup kering dilapkan dengan tisu "bakhil" yang aku dapat mase beli makanan sebelum itu.
Hazam : Kak, minta tisu lebih sikit.
Kakak tu jawab aper korang tau???
Kakak gerai : Sekeping aje akak boleh bagi. Tak bole bagi banyak-banyak. Sini ader CCTV.
Terkejut bagai nak giler aku mendengar jawapan kakak tu. Ape kaitan tisu dengan CCTV? Adakah kakak itu akan dipotong gajinyer sekiranya memberikan tisu yang banyak kepada pelanggan? Setahu aku la kan, CCTV kat Trauma tu adalah hakmilik UMMC, bukan hakmilik pengusaha gerai-gerai makan kat situ. Tuan punye gerai makan tu bukan boleh access pun CCTV kat situ. Agaknyer boss akak tu selalu menakutkan die, "Hah, ko jangan nak mengulor. Aku bole monitor ko dekat CCTV ni". Sah kena kencing idup-idup akak tu. Mengarut la bagi aku kalau setakat tisu dan straw menjadi isu besar dan dicatu bagai nak giler oleh pengusaha-pengusaha industri makanan. Bagilah straw dan tisu itu dalam jumlah yang memadai. Kalau pelanggan tu mintak banyak-banyak lain la.
Random Friday
11 years ago
0 comments:
Post a Comment