Tengok tajuk entry pun, sure korang bole agak. Tedengggggg........kejadian ini berlaku pada hari terakhir tahun 2008, iaitu Dec 31 2008. Hubby balik keja kul 4:15pm, aku and Nisa dah siap-siap pakai baju nak pegi jalan-jalan. Hubby balik aje terus naik keta pegi Bintang Plaza.
Alhamdulillah, rezeki kami 3 beranak haritu. Dengan bangganyer, hubby mempark kereta betol-betol sebelah entrance. Tanpa membuang masa, kiteorang belikan dulu food for Nisa. Belikan Nisa mashed potato kat Sugar Bun. Acara seterusnya, lari macam orang giler ke Mek Donel!!!!!!!!!!!!!!
Sampai-sampai Mek Donel, tengok menu kat board. Nampak gambo Chicken Prosperity Burger je. Aku tanye hubby, aik takkan beef dah abis season die? Hubby kate nanti die tanye kat budak jaga counter tu. Punyela hampeh, orang sikit punye ramai queue, Mek Donel bole bukak 1 counter je! Memang tak efisien. Hubby tanye, " Nak double or single?". Aku kate single ajela. Double tu macam banyak semacam je. Hubby senyum-senyum sindir, "Are you sure? Abang amik double, tak kire". Aku kate, "Single please".
Aku and Nisa pegi mencari available tables. Banyak kosong. Aku suapkan Nisa makan mashed potato sementara hubby queue for order. Setelah menunggu selama 20 minutes, sampaila turn hubby mengorder. Aku punyela lapar, sanggup tak makan ape-ape sejak pagi semata-mata nak makan prosperity haritu. Hubby pun datang dengan 2 chicken prosperity burgers, 1 single, 1 double. Hubby cakap, "Budak counter tu kate, sini memang tak jual beef prosperity burger".
Tak jual!!!!! Sedih masih ader because I was unable to eat beef prosperity. Pelik betol, why Miri's Mek Donel does not sell beef prosperity burger? No demand on the product? Chicken pun chicken la. Aku dah tak kire dah. Aku and hubby makan tanpa pusing kiri kanan dah. Perghhhh, gigitan pertama aku untuk chicken prosperity tu terasa seperti sangat menyedihkan. Mase kat Semenanjung, any time aje aku bole makan prosperity. Kat sini......payahnyer.
Bukti : Prosperity chicken single aku punyer
Aku buat aksi-aksi bukak mulut control. Besor betol hidung dengan pipi aku nih.
Habis aje chicken prosperity burger single, aku cakap dengan hubby. "Abang, sayeee.......tak kenyang la. Nak satu lagi prosperity burger single bole?". Hubby gelak-gelak, "Tula, megontrol konon nak makan single aje. Sekarang tengok sape makan banyak? Awak makan 2 keping roti and 2 keping chicken prosperity. Abang makan 1 roti, 2 keping chicken prosperity". Tanpa melengahkan mase, hubby terus pegi ke counter untuk membeli my second chicken prosperity. Aku pun melantak sampai abis. Ya Allah, kenyang giler. Alhamdulillah.Lepas makan prosperity, kiteorang pun nak berjalan-jalan ke Toys"R"Us. Mase angkat Nisa from baby's chair kat Mek Donel, entah macam mane, peha die tersangkut kat kerusi tu. Nisa melalak sekuat hati. Kesian die. Nisa berpusing-pusing dalam baby's chair tu sampaikan peha die termasuk ke lubang yang bukan untuk peha. Tu yang ibu angkat, die melalak. Sori ye Nisa sayang. Ibu tak perasan.
Seronok jugak tengok Miri dah ader Toys"R"Us. Baru bukak 1 week before new year. Nisa berjaya menarah poket ayah die. Hahahaha. Hubby cakap, "Bagus jugak ader Toys"R"Us ni, takdela Nisa dok main mainan melamine". Untuk pengetahuan korang, mainan baby or kanak-kanak kat sini semua made in China. Sebab tu kiteorang panggil mainan melamine. Bile kiter beli mainan untuk babies especially, kena la carik yang selamat sebab dieorang suke gigit-gigit, hisap-hisap. Banyak gak mainan Nisa yang kiteorang dah belikan kat sini previously. Banyak yang made in China. Kiteorang pilih-pilih gak beli, tengok mane yang nampak selamat untuk dimainkan oleh Nisa.
Poket ayah Nisa dah rabak kena pau dengan mainan Vtech Nisa. Lepas tu kiteorang pun balik la ke rumah dalam keadaan gumbira. Tak sangka malam tu jugak Nisa demam. Kesian die. Terkejut kot dapat mainan Toys"R"Us kat Miri.




4 comments:
sepertinya anda sudah tembam?
he. he. he.
tula nanee....hazam sudah semakin bulat....huwaaa....tensiiiiii......
ko bukan sudah semakin tembam tp mmg tembam sebulat tembamnye
aku si tembam yang cute dan jelitasss.........uweksss
Post a Comment