Aku agak busy sebab baby aku baru recovered dari demam panas. 1st time die demam panas kat Miri. Malam tahun baru 2009, Nisa went to bed macam biasa. Feed milk pun as usual. Suddenly around 4:30 am, 01/01/2009..die merengek-rengek. Aku bangun buat susu. Die minum macam biasa. After feeding, aku tidokan die balik tapi Nisa merengek-rengek macam ader yang tak kena. Aku pegang dahi die. Panas!!! Pegang lagi. Panas betol ni. Aku bergegas amik thermometer kat dalam laci Toyogo. Aku measure kat telinga Nisa. Masyaallah, 38.8 Celsius. Dalam hati aku, "Panasnyer. Kesiannyer Nisa". Immediately Nisa menangis sekuat hati.
Aku terus kejutkan hubby. Aku terus masuk bathroom and basahkan towel good morning, lapkan-lapkan, tuam-tuamkan kat kepala, ketiak, lutut, celah-celah peha, leher and belakang telinga. Aku bukak pyjamas colour biru Nisa yang dibelikan oleh 'Wan'nyer. Nisa menangis semakin kuat dan kuat. Hubby cakap, "Kite mesti pegi hospital sekarang gak". Aku tanye, "Sini takde klinik 24 jam ke bang?". Hubby geleng kepala. Aku takut Nisa kena admit sebab new year kan public holiday, sure takde doktor. Walau ape jua, kena pergi hospital gak sebab kat umah takde ubat Nisa langsung.
Aku and hubby bersiap dengan segera. Mase tu lebih kurang pukul 5 am. Buat susu sebotol, puting, thermometer and the most important one, towel basah untuk tuamkan kat Nisa. Letak kat kepala die. Itu memang all doctors, mummies advise buat everytime baby kite demam panas immediately. Dalam perjalanan ke hospital, body temperature Nisa turun sampai 37 Celsius. Aku pasti nanti temperature tu naik balik. Nisa dah berenti nangis sebab die suke naik keta.
Apabila sampai aje di hospital swatsa berkenaan, aku and hubby terus meluru ke EMERCENCY. Sekali EMERGENCY entrance die tak bukak. Nasib baik ader nurse dari dalam dengar kiteorang ring the bell. Die bukak pintu. Aku tak tau plak kalau pagi-pagi buta macam ni still pakai main door. Mase aku kat SMC Shah Alam dulu, non office hours memang kena masuk EMERGENCY entrance. Aku bertanye kepada nurse, "Ader doktor tak malam ni?". Nurse jawab, "Ader".
Aku terus duduk dengan Nisa. Hubby pegi buat patient's registration kat counter. Ader 2-3 patients yang menunggu.
Tibalah giliran baby aku. Nurse memanggil "Amirah!". Episod pertama bermula. Aku, Nisa and hubby masuk. Bukan doktor rupenye. Medical Officer aje. Boleh la. Tapi nampak pakcik MO ni macam tak meyakinkan. Gaya pemakaiannyer agak selekeh. Aku and hubby pun bagitau la Nisa demam secara tiba-tiba. MO check throat, mata and telinga. Die tanye ader muntah-muntah, cirit-birit ke. Aku bagitau takde. Pastu die terus jot down for the prescription. Aku cakap dengan die, " Doktor, tak measure temperature my baby ke?". Pakcik MO jawab, "Ha ah la. Sekejap". Nampak betol pakcik MO ni cincai aje kerjanyer. Aku panggil gak doktor dalam nada tak ikhlas sebab tak tau nak panggil ape. Aku panggil pakcik kang, die ketuk aku dengan stethoscope plak. Panggil abang kang, nanti aku plak tak pasal-pasal mendapat rawatan sebab kena belasah dengan hubby aku. Nisa dah melalak-lalak dalam bilik MO tu. Aku and hubby tak berpuas hati. Kami bertanyekan apakah punca demam tiba-tiba tu. Adakah virus infection atau sebab lain? Pakcik MO kata, "Memang demam ni". Nak aje aku sekeh orang tua ni.
Aku, Nisa and hubby cepat-cepat keluar. Nisa menangis bagai nak rak. Die tak selesa. Lepas amik ubat dan bayar, kami bergegas cari Kool Fever plak. Sini takde 7-Eleven OK. Sini cuma ader Happy 24 Hours. Itu pun 2-3 outlets aje. Dalam perjalanan pulang ke umah, aku membebel-bebel kat hubby kenapa people and authority in Miri takde awareness on the importance of 24 hours clinic. Aku jugak membebel-bebel pasal ketidak kredibilitian pakcik MO itu. Aku cakap kalau kat Shah Alam, bersepah-sepah clinic 24 hours. Hubby aku kate, Miri ni kecik tapi kadar jenayah memang tinggi. Aku stress buat seketika. Tapi aku mesti fokus balik untuk menjaga si kecil ini yang demam tibe-tibe. Kesiannyer. Baru aje Nisa baik demam before aku berenti keja kat UMMC aritu.
Cuti tahun baru 2009 berlalu dengan kesibukan aku and hubby bergilir-gilir jage Nisa. Mandikan die, budak demam panas kena mandi. Tuam-tuamkan die dengan towel lembap. Minum susu pun sikit aje. Aku and hubby langsung tak terfikir bab makan. Tak berselera. Aku makan roti untuk melapik perut. Jaga baby time demam meletihkan juga. Nisa asyik menangis. Dah 2 kali makan ubat tapi temperature tak turun-turun. It remained 38.3 Celsius to 38.8 Celsius. Hubby aku begitu risau. Die ajak aku pergi hospital private lain. Aku kate kite monitor sampai pukul 2 pm nanti.
Wan kepada Nisa, iaitu mak mentua aku tetibe menelepon dari Bangkok. Die ke Bangkok untuk bercuti ke rumah kakak iparku. Kakak iparku kini menetap di Bangkok mengikut husbandnyer bertugas dengan salah satu bank terkenal di Malaysia ni. Husbandnyer kire 'expat' la kat Bangkok tu. Gaji 'expat', korang tau ajela kan, puluhan ribu. Bestnyer kalau aku dapat jadi 'expat'. Hahaha! Wan kepada Nisa mula la risau yang teramat. Cucu tunggal die tu buat mase ni. Sayang benor die dengan cucunyer tu. Lagipun aku dulu duduk dengan mak mentua after maternity leave sampai umur Nisa 8 bulan. Mak mentua aku tu banyak tolong aku dalam hal mejaga-jaga Nisa ni. Bila Wan die dah tepon, lagila kiteorang jadi tak tentu arah. So we decided to go to the another hospital for another consultation and check up.
Episode kedua untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta Miri. Aku masuk, kosong takde orang kat outpatient. Nasib baik doktor ader untuk merawat even public holiday for the whole world. Aku and hubby menunggu lebih kurang 10 minutes. Masuk aje bilik consultation, aku and hubby terus bagitau demam Nisa tak kebah-kebah dari pagi tadi. Episod kali ini agak 2x5 dengan episod 1 seperti di atas cuma doktornyer lebih bertauliah. Die checked mata, telinga, hidung, tekak, tangan, badan dan measured body temperature dekat ketiak. Nisa melalak tanpa henti. Aku pujuk-pujuk pun die melalak. Biasala, demam kan. Meragam la tu.
Doktor ini diagnosed demam Nisa.
Doktor: Buat masa ini, kenak makan ubat. Then monitor for 3 days. Ada option lain kalau both of you mau. Bole bagi baby antibiotic and kenak habiskan within 7 days. Both of you bole pilih la manak satuk yang kamu mauk.
Hubby : Kite bagi ubat and monitor for 3 days la 'yang'.
Aku : But doctor, you are a doctor. Of course you should know the best recommendation for your patients.
Doktor : Duak-duak pun sama. Ada advantages and disadvantages.
Aku marah betol. Doktor tu tak reti-reti nak buat recommendation untuk patient. Die bersifat terlalu neutral. Situation die lebih kurang macam ni agaknyer untuk pesakit jantung.
Doktor : Kamu boleh pilih untuk tidak buat bypass atau just makan ubat.
Pesakit : Saya confused, tak pasti yang mane satu patut dipilih. Boleh tak, doktor recommend yang mane satu lebih baik.
Doktor : Dua-dua pun sama. Ada advantages and disadvantages. Kalau kamu buat bypass, peluang kamu untuk hidup lame adalah lebih tinggi. Tapi kalau tak buat bypass, mungkin bole mati cepat kena heart attack. Kamu pilih la untuk mati cepat atau untuk hidup lebih lama.
Kalau die doktor yang penuh dengan tanggungjawab dan pengalaman, die akan strongly meyakinkan patient die untuk buat bypass. Allah menentukan segalanya, tapi kite mesti berusaha yang terbaik kan.
Dalam situasi aku untuk episod kedua, sepatuntnyer doktor itu strongly recommend aku to give medicine to Nisa within 3 days. After that kalau fever or cough or flu is still persists, baru further to step 2 by taking antibiotic.
Sepanjang pengalaman aku menerima rawatan di hospital Semenanjung, belum pernah doktor bersifat neutral sebegitu. Mase Nisa demam teruk before aku left UMMC project, body temperature die 39.3 Celsius. Aku bawak gi clinic, clinic suruh refer hospital sebab demam teruk. Aku jumpe pediatrician kat SMC Shah Alam, doktor tu recommended to take medicine for 3 days. After 3 days, datang for follow up check up, if any of the fever or cough or flu is still remains, baru amik antibiotic. Mase Nisa demam teruk tu, memang SMC amik blood test gak, takut dengue ke. Pediatrician Nisa kat SMC begitu prihatin, menjawab semua soalan aku dengan baik, memberi banyak panduan dan bantuan kat ibu muda seperti aku ni. Aku langsung tak kesah dengan bayaran yang dikenakan.
Mase aku and hubby argued dengan doktor neutral tu, suasana di consultation room menjadi panas. Dua orang nursenye masuk dan melihat aku and hubby mempertikaikan kata-kata doktor tu. Aku bukan kurang ajar tapi aku ni mother of the patient, I want my rights as a patient besides I am paying you for the consultation and prescription. You should not dissapoint me. Akhirnya, aku and hubby memilih untuk bagi Nisa medicine continously for 3 days bagi episod kedua tu.
Sekali lagi aku and hubby pulang dengan ngomelan. Aku tak habis-habis mempertikaikan kredibiliti and pengalaman doktor episod kedua tadi. Maybe die bukan pediatrician, pujuk hubbyku. Oklah, aku terima alasan itu buat sementara waktu. Tapi based on my previous experience membawa Nisa ke klinik-klinik sebelum ni, doktor-doktornye takde pulak yang bersikap macam doktor episod kedua tadi tu. Macam main tikam-tikam kat "panpair" plak doktor ni.
Alhamdulillah, demam Nisa kebah pada keesokkann harinyer, Jumaat, 02/01/2009. Die mula bermain, tersenyum, nak makan walaupun sikit-sikit. Syukur pada Allah, Nisa dah sihat sepenuhnyer. Suffered tengok die demam. Semua parents macam tu kan. Tapi aku regret pasal
1) Miri takde clinic 24 jam
2) Hospital pertama, pakcik MO sungguh tiada kredibiliti. Rawat pesakit ala-ala cincai. Aku pun bole jadi MO macam tu.
3) Hospital kedua, doktor yang bersifat neutral. Satu attitude yang tidak seharusnyer ader pada doktor. Attitude sebegini merosakkan imej-imej hospital dan membebankan pesakit di kala kita amat memerlukan nasihat dan kepakarannyer.
Ape yang aku tulis bukan untuk memberitahu kengkawan pasal anak aku demam, tapi aku nak cerita pengalaman yang aku lalui di Miri ketika aku nak mendapatkan rawatan untuk Nisa terlalu jauh berbeza dengan pengalaman-pengalaman lepas aku di Semenanjung. Ini juga adalah sebahagian daripada dugaan dalam hidup aku. Mudah-mudahan Allah jadikan aku hamba yang lebih kuat dan tabah untuk meniti hari-hari yang mendatang. Insyaallah.
Random Friday
11 years ago

0 comments:
Post a Comment