Wednesday, October 21, 2009

Deko Deko Raya!!!

Salam everyone. Dah lama tak blogging, rasa malas pun ade. Cerita banyak jugak, tapi dunno where should I start. Memandangkan kite semua baru abis raya, so aku upload la sikit gambar raya. Tahun ni turn kampung hubby kat Kg Tanjung Ipoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Alhamdulillah, tahun ni Nisa dah pandai main-main dengan sepupu-sepupu die kat kampung. Takdela macam tahun lepas, sampaikan aku tengah b*r*k dalam jamban pun, Nisa dok bantai menangis...Die dah besar, dah pandai berkawan. Pandaiiii anak ibu.

Budak kecik ni mane biasa bangun pagi...hehe. Sama macam ibu die gak. Mesti bangun gak, raya ye!!!

Baju raya kami sekeluarga ditaja penuh oleh CELCOM BLUE...hahaha.

Aku rasa CT Nurhaliza jugak yang cantik pakai tudung sarung CT tu...aku jadi macam CT Nurhalipas aderla. Belakang tu adelah kakak ipar saya dan suami yang dok kat Bangkok. Dengar-dengar citer nak kena hantar ke Jakarta plak.

Standard la gambo laki bini kan....Nisa surrender awal-awal. Abang gambar raye kite tahun ni tak memenuhi piawai la...Gambo tak brape cantik...

Lepas habis beraya kat Kuala Pilah, baru beraya kat Seremban. Untuk kali kedua raya aku ziarah pusara arwah abah....Al Fatihah untuk arwah abah. Tahun ni sempat jugak turun ke Muar dan Batu Pahat jengah-jengah mak sedara and bapak sedara aku belah mak and arwah abah.

Tahun ni aku and hubby, raya pun agak terkejar-kejar, gaya-gaya kelam kabut gitu....hehehe. Sebabnye, dalam kepala kiteorang berdua kan nak cari rumah. Alhamdulillah, berkat usaha dan rezeki yang Allah kurniakan, hubby dan aku berjaya gak jumpe rumah yang memenuhi kehendak dan kemampuan kami. Penting tau beli yang mampu, kang beli yang tak mampu bayar....tak bole buat harta.

Inilah rumah yang bakal dimiliki oleh kami...insyaallah proses pembelian still on going. Rumah teres double storey, 80% siap, lokasi dekat Taman Impian Putra, Bandar Seri Putra, Bangi. Keluasan rumah takdela besar sangat, 20x70 aje, tapi leasehold ye kawan-kawan. It is not a big issue la leasehold ke, freehold ke. Kalau anda memang mahukan freehold and ader extra budget, takpela kan.

Dalam sibuk-sibuk cari rumah tu, tak sangka ex boss aku kat UMMC, En Rashidi bakal menjadi jiran aku (tapi rumah die banglo juta-juta punye harga atas bukit). Tapi kalau aku ader buat kenduri kecik-kecik ke, kena la jemput En Rashidi, dari rumah die, nampak atap umah aku. Tak sangka jugak, my close friend ever, Kapten Nelly pun dok Bandar Seri Putra. Die cakap, die bole jogging la kalau setakat nak gi umah aku tu. Best, best, best!!! Bole la aku jumpe-jumpe Nelly selalu lepas ni. Bestfriend aku kat USM tu.

Inilah lot rumah yang bakal dimiliki kami sekeluarga. Insyallah. Kereta bole masuk 2 biji, side by side.

Solid door as the main entrance.

Main window.

Ini betul-betul tanah dua kangkang kera!!! Bole la tanam durian ke, mangga ke...hahaha!!!

Main hall, dining hall and kitchen. Open space concept (betul ke term aku ni?).

Living hall show house.

Dining area. Kena buat separator la between dining and kitchen. Tak syok la orang tengok tv bole nampak aku tengah masak.

Hubby sibuk suruh aku pikir nak design kitchen cabinet cemana. Aduh, aku pasal hias-hias rumah ni still sengal la. Kena beli magazine ni.

Entertainment area kat tingkat atas.

Master bedroom.

2nd bedroom.

3rd bedroom. Bedroom kat bawah tak amik gamba la plak.

Ramai kawan-kawan aku were so puzzled dengan pilihan kiteorang yang membeli rumah kat Bangi. Actually aku and hubby tak pernah fix any location but previously memang kiteorang hunting house belah-belah Puncak Alam, Shah Alam. Tapi macam Puncak Alam tu jauh ke dalam sangat. Bandar Seri Putra ni nampaknya dah jadi petempatan orang-orang Melayu. Harga kat sini still reasonable with the size of the house. Facilities kat sini pun dah start membangun. Setakat ni tak ragu-ragu la nak duduk kat situ. Pegi keja kat KL pun takde la jauh sangat lebih kurang macam Shah Alam to KL. Tapi tol lebih sikit la.

Hubby was so excited dengan rumah ni. Aku terkejut beruk @ mawas biler hubby ajak aku cari magazine Anjung Seri. Miri dah la harga magazine mahal pastu lambat. Semenanjung dah keluar new edition, Sarawak tak sampai-sampai lagi. Wow!!! I was soooooo surprised la abang. Hehehe. He deserved it if he is so excited with the house that he purchased. Penat die bekerja kan. Tapi kiteorang kena start saving lepas ni, nak renovate umah sikit-sikit (basic ajela), nak pasang grill, kitchen cabinet, kipas, lampu, air cond, water heater, awning kat porch....huwaaaaaa, kalau dah lengkap semua tu, sayang la plak nak cari tenant.

Aku dah stop shopping benda-benda yang tidak berfaedah. STOP RIGHT NOW!!! Macam lyric lagu Spice Girls. They were my last time rewards to myself : DKNY Be Delicious perfume and Estee Lauder make up (lip gloss, lipstick and compact powder). Besides, I have made a decision to.................NOT PURSUING MY MASTER. Aku nak kerja balik nanti cari duit, kumpul duit dulu then if I really get a precious moment to further, insyaallah. Tapi aku rase aku malas nak sambung jadi kuli IT.... aku nak try something new!!!!! Bye.

5 comments:

Anonymous said...

Mana ada I ajak you beli Anjung Seri nyah!! You ni buat I blushing je auuwwww!!!

X nak buat master? Ok, abg ikut keputusan awak. Kalau nak keje dulu pun up to you.

Sense Sue'z said...

Hazam..Mag Interior Design banyak kat umah...nak pinjam..sila2lah datang ek...

Anyway, congrats to both of you...
Tak kisah mana kita duduk, asal tempat tu selamat & keluarga bahagia...

Chiow babe...

hazamz said...

abang : kerja is my main priority rite now. It is all about money!!! Kekadang terasa mcm x sabar nak balik semenanjung kerja balik. Nisa be good ok biler ibu dh keja blk nnt.

sue : interior design mags byk kt umah sue? erkkk, segan la nk pinjam. alhamdulillah, berkat kesabaran n usaha gigih en mon, dpt gak memiliki rumah dgn titik peluh sendiri.

amd duron said...

berjiran ler kita yer gozila..rumah aku 15 minit jer dari rumah kau lalu jalan belakang tuh..hahahaha...ok apa tpt situk...kakak aku pun ade bli gak kat situ..btw rumah ko yg betul2 kat tepi hwway kan??

hazamz said...

ajahari : tuler sy teringat gak dulu awak citer2 psl umah awak yg beli kt bangi tu. umah awak yg belah mane? bkt mahkota ke? ramainyerrrrr jiran!!! kalo aku buat kenduri ke hape, ko x dtg siap ko azahari!!!

rumah tu mmg nampak highway plus...