Host : Abang selalu nyanyi tak?
Brader J : Selalu
Host : Nyanyi kat mane tu?
Brader J : "Panpair"
So sejak dari tu gak, aku selalu panggil 'funfair' sebagai 'panpair'. Lupe plak, brader J tadi terus menyanyikan sebuah lagu nyanyian Jamal Abdillah. Suaranyer bole tahan. Ader iras-iras suara Jamal. Berkat latihannye sering menyanyi di 'panpair'. Ahakksss.
Ok...berbalik kepada sebuah ekspo yang kukira boleh tahan besornyer di Miri ni. Ia terletak dengan sebuah shopping mall yang bernama Boulevard. Hubby aku galak benor nak pegi ekspo tu dengan DSLR nyer. Aku kate kalau hari tak hujan kite pegi la. Kalau bawak baby, jalan time hujan tak bole.
Akhirnya, keinginan hubbyku untuk ke ekspo tercapai pada hari Sabtu lepas, Dec 27 2008. Aku dah dapat merasakan ekspo tu tak best. Hubbyku cuba memberi kata-kata semangat, "Tu ader jual tudung tu". Aku nampak tudung. Bole la tengok-tengok harga tudung kat sini. Kami tiga beranak melangkah masuk ekspo. Babyku Nisa macam biasa, buat muka boring sebab parents die asyik nak jejalan ajer. Masuk-masuk je, nampak banyak kopok lekor dijual. Aik haritu mase Ekspo Terengganu, sikit aje kopok lekor dijual. Untuk pengetahuan korang, last month ader satu ekspo Terengganu telah diadakan di tapak yang same. Aku predicted, itu as apart of promotion kepada orang Miri tentang batik Terengganu, sutera dan tempat-tempat pelancongan yang menarik di Terengganu. Sambutannyer.......sangat menyedihkan. Orang yang datang, sangatlah sedikit di samping konsepnyer yang bagi aku sangat outdated. Nasi dagang pun tak dijual kat ekspo Terengganu tu. Aku rase orang pure Ganu tengok ekspo tu, sure tepuk dahi takpun menangis air mata darah.
Maap yea, terkeluar topik sikit. Ala, sikit aje daaa. Ekspo ni penuh dengan gerai "tikam-tikam". Alaa, yang jenis baling-baling dart, tembak-tembak botol, baling dart kasi belon pecah. Kena beli dulu la token untuk main tikam-tikam tu. Konsep perjudian....Hadiah die bodo-bodo je, anak patung, mug, bantal....bosannnnnn. Kalau korang tengok konsep tikam-tikam die tu memang sedih. Belon-belon die pun macam dah buruk. Senapang, dart-dart tu pun dah uzur. Aku memang tak jumpe any omputih yang pegi ekspo tu. Aku yang Malaysian ni pun merasakan gerai tikam-tikam tu menyedihkan and hubby aku kate memang outdated tikam-tikam die.
Aku, hubby and Nisa my baby berjalan lagi. Sekali jalan-jalan rupenya hampir 60% daripada ekspo tu adalah barang-barang daripada hypermarket yang berada di dalam shopping mall berdekatan ekspo. Ceit, sama dan serupa. Hampeh tahap gaban!!! Jalan-jalan lagi terjumpa gerai-gerai makanan. Nampak satu bunting besar " Char Keow Teow Penang ". Hubby aku terus berkata, "Kite tapau char keow teow la untuk dinner". Aku pun balas, "Ok gak. Nak masak dah lewat ni". Mase tu lebih kurang pukul 7 malam. Sini malamnyer cepat, 6:20pm dah masuk maghrib.
Hubby aku menunggu char keow teow yang dipesan untuk tapau sementara aku berjalan ke gerai-gerai lain yang hampehnyer same aje. 5 minit berlalu, char keow teow dah siap. Punyela cepat. Macam "padayappa" la pulak cook die ni. Nisa dah mula menangis tanda die dah penat lagipun waktu tu memang fasa die tido sepatutnyer.
Kami 3 beranak pulang ke rumah. Sampai di rumah selepas menyiapkan Nisa, lap-lapkan die, tukar baju, diapers, bagi makan, susu and tidokan die. Tibalah mase aku untuk makan. Tedenggg....cube korang tengok gambo char keow teow Penang orang Miri yang masak.
Telan ajer lerrrr......
Agak-agak cemana rasenyer? Hubby aku kate....keras kedengkang keow teownyer. Aku pun baca bismillah dan mula menelan char keow teow 'lazat' tu. Perghhhhhhh, memang keras meleding keow teow nyer. Kerang tak dak. Udang pun separuh mentah. Patutla masak pun 5 minit aje. Macam fast food jer. Aku makan jugak sampai abis, bagi aku bolela telan dari takde langsung. Rezeki dari Allah. Alhamdulillah, dapat aku makan jika dibandingkan dengan orang-orang kelaparan yang takde sumber makanan macam orang Somalia. Lagi kesian kan.
Yela, mana nak cari char keow teow Penang yang best kat sini. Aku belum jumpe lagi tapi mengikut pengamatan aku memang takde char keow teow best kat Miri ni. Aku bagi 2 bintang ajela untuk char keow teow Penang "lazat" yang telah dibeli dari ekspo yang amat "best" di Miri ni.
Hubby aku kate, "Nasib baik abang tak bawak DSLR pegi ekspo tadi kan". Aku and hubby gelak besar mengenangkan peristiwa pahit ke ekspo. Nisa pun takde benda aku belikan. Nothing interesting for her from the expo. Lupe nak bagitau. Aku ader menyinggah ke gerai tudung and brooches............Harganye amatlah mahal. Tudung yang kat KL harganye RM35, kat Miri dieorang jual RM55. So tak payah la aku nak membeli tudung kat Miri ni.


5 comments:
Siannyerrrr org miri..
Ari tu nak makan berger mekdonel tak dapat..ni nak makan char kue teow sedap lak tak kesampaian..
nanti kak ta masak untuk hazam ek..
tapi kena datang rumah la..
ko nie asyik cite mkn jerkkk....lepas ko jd HAUS wife nie, ko asyik mkn jer kot.....
blah la ko zairul...menyampah dengan ko!!! aku cume menceritakan kesah kesukaran aku untuk mendptkan makanan sedap....dengkkkkkkkiiiiii punye JGY!!!!
sure ke kak ta bole masak char keow teow sedap untuk saya....style penang arrrr!!!! ahaksss....
Salam
Alamak... apasal tak bawak DSLR.. snap jer la photo photo barang sebarang dua.. nak jugak tengok scene scene kat sana tuh.. even those yang tak menarik.. hahaha..
Post a Comment