Monday, August 3, 2009

Musim Bubuk

Korang mesti selalu dengar pasal musim buah la, musim cuti sekolah la, musim kawin la, musim tengkujuh la, musim pukau la, musim demo la and macam-macam musim lagi la. Tapi pernah tak korang dengar pasal musim bubuk?Haaa...musim ni adalah salah satu musim yang terdapat di Miri ni yang aku tak pernah dengar kat Semenanjung (Ada ke?). Bubuk ni menatang apa ek? Bibik ramai la yang kenal kot.

Bubuk ni merupakan salah satu species udang yang terdapat di lautan kita ni. Dia bersaiz kecil, lebih kurang besar duit seposen je. Kaler merah and travel in a large group that can consists of millions of bubuk, bergerak di persekitaran air cetek di Sarawak ni. Alaa... lebih kurang macam ikan sardin yang migrate tu la, ape ke "The Great Sardin Run" ke hape ke nama dia. Orang kat Sarawak ni tangkap dia untuk dibuat cencalok, buat belacan, ada yang buat goreng and ada gak yang keringkan dia jadi macam udang kering la.....Basicly it depends on creativity la.
So masa musim bubuk kat Miri ni dalam awal tahun ni, aku sempat la pergi meredah lautan (dalam gak woo, paras pinggang) dengan kamera aku yang tak berapa nak waterproof tu untuk tangkap gambar penangkap bubuk ni beraksi..... Kalo mengikut cerita one of the Bubuk Hunter tu, masa bubuk ni datang, persisiran pantai ni nampak merah sebab bubuk ni terlalulah banyaknye.... Tapi aku pergi haritu x de kaler merah pun, maybe sebab air laut sini keruh macam teh tarik kot...hahaha!!! Penat la aku taip, korang tengok gambar je la ok!




Selamat Datang ke Musim Bubuk!



Ini la rupanya bot yang digunakan. Tapi ada gak yang tradisional, just tolak je benda 3 segi kat depan tu, takde pakai bot pun.



Staf: Bos, saya rasa ada dalam 2 juta bubuk kita dapat harini! Nak jual timbang kati ke nak ikut pikul je?
Bos: Kita Jual sekor 2 hengget! Kaya nanti bole bukak syarikat Ah Long, tak payah tangkap bubuk lagi muahahahaha!!!!




Agak kalau aku menyuruk dalam kotak ni OK ke? Tak yah follow diorang tangkap bubuk!




Ini la rupanya bubuk tu...Kan aku cakap ada 2 juta!




Hero Remaja.....



Inilah rupa alat tangkap bubuk tradisional tanpa bot.


Kalo aku rembat sikit bubuk ni pun ok gak ni, boleh bela dalam kolah, buat spa bubuk!



"Near, far....Where ever you are....."



Ni lah rupanya tip alat tangkap bubuk tu.Diorang kata bentuk macam water ski untuk mudah maneuver dalam air, chewah!!





Peraih bubuk yang dah siap menunggu kat persisir pantai.



Yang ini aku tak tau apa diorang nak tangkap...saje suka dok dalam air kot!




"Adik, tangkap gambar akak posing bole?Dari tadi akak asyik dapat selipar jepun dengan batu concrete je, tensen I!" -A traditional Bubuk Hunter with traditional tool-




Adik, jangan main air.Kang mak serkup dengan jaring bubuk kang!



Kebanyakan bubuk tadi akan mengakhiri perjalanan diorang kat pasar camni la. Kiranya fresh from the sea la sebab laut kat belakang tu je....




Kesimpulannya, bubuk season ni adalah satu musim yang aku rasa takde kat semenanjung. Biasanya musim dia awal tahun, so kalau korang nak datang tengok, datang la awal tahun.


So that was my documentation for the Bubuk season. Thank you to all the Bubuk Hunter for giving me a very good co-operation, and very friendly too.Are true warrior I must say... You guys are rock!

4 comments:

chamizah said...

hazam...best la awak dok sarawak..dpt exprnc baru psl negeri org...kire ok la tuh...rindu2 nk blk semenanjung, kire lbh kurg home-sick time dok asrama la..tp ade la 'pengubat' rindu..family sndr (hubby awah & nisa), ok la tuh. saye kdg2 stil jumpe2 gak mimi & tipah..sbb masing2 kje dh lain2..tu yg klu blh xnk lose contact..

Adie said...

hai kawanku....kat semenanjung pun ada la udang nie...org kg panggil udang baring...tp klu nama komersial nye udang geragau...kat tpt aku mersing tue ada...bru je lepas musim dia dlm bulan 3 or 4 xsilap aku...hehehhee

Nanee said...

adoi laa.... laki bini sama je.... sekali post entry panjang bebeno.... hahahahaa... takpe take... gud info... but kena make the storyline power sket okeh! :)

helo hubby hazam... selamat berblogging! :)

hazamz said...

biasa la nanee, gambo byk pastu nak membebel pun byk...storyline power??? waa, itu skill kena manyak blaja hoooo!!!!